Kesihatan diri wanita sangat penting dalam memastikan kelangsungan hidup seharian, namun ia sering diabaikan kerana kesibukan bekerja. Setiap wanita perlu meluangkan sedikit masa untuk memastikan kesihatan mereka berada dalam tahap yang paling baik.
Tak usah risau, kerana kami di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan wanita yang lengkap untuk anda. Saringan ini akan membantu anda memahami risiko serta kemungkinan untuk anda mengalami kanser payudara, kanser ovari, penyakit jantung serta keadaan lain.
Perlu diingatkan, jika ada di antara ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah penyakit ini, anda dinasihatkan untuk membuat saringan kesihatan dalam tempoh 6 bulan sekali.
ANDORRA menawarkan dua pakej saringan kesihatan wanita iaitu Pakej Basic Tulip dan Pakej Premium Rose.
Pakej Basic Tulip
Pakej Premium Rose
Sebagai penghargaan, pesakit yang datang untuk sesi saringan kesihatan wanita juga akan diberikan baucar minuman ringan di ANDORRA Little Cafe yang terletak di lobi hospital.
Temujanji saringan kesihatan wanita boleh dibuat melalui laman web di https://www.andorracare.com/appointment-booking atau hubungi pihak Khidmat Pelanggan kami di 0389661133.
Sesi saringan kesihatan wanita bermula jam 8.30AM sehingga 12.30PM, setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Jadi, apa tunggu lagi? Tempah temujanji anda sekarang!
Kekalkan gaya hidup sihat dan dapatkan pemeriksaan kesihatan, kerana mencegah lebih baik dari mengubati!
Jumpa di ANDORRA!
Comments