top of page
  • Admin

Tahnik Bayi: Pengalaman Berharga Seorang Bapa

Pasangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan atau yang sedang mempersiapkan diri dan keperluan menyambut cahaya mata pertama mungkin tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan tahnik.


Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, definisi tahnik adalah membelah mulut bayi dengan buah tamar (kurma) yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi dimasukkan ke dalam perutnya.


Amalan mentahnik adalah sunat di mana ia dilakukan kepada bayi lelaki atau perempuan sebaik sahaja dilahirkan.


Hadis daripada Anas bin Malik R.A, katanya:


ذَهَبْتُ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حِينَ وُلِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ فَقَالَ ‏"‏ هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ ‏"‏ ‏.‏ فَقُلْتُ نَعَمْ ‏.‏ فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلاَكَهُنَّ ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ حُبُّ الأَنْصَارِ التَّمْرَ ‏"‏ ‏.‏ وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ


Maksudnya: “Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.”

Riwayat Muslim (2144) dan yang lainnya.





Sebagai pusat penjagaan kesihatan yang menerapkan konsep mesra syariah, Hospital Wanita & Kanak-Kanak ANDORRA menggalakkan ibu bapa untuk melakukan tahnik ke atas bayi mereka sebaik sahaja mereka dilahirkan. Bapa yang masuk ke dewan bedah atau bilik bersalin untuk menemani isteri mereka sepanjang proses melahirkan akan dibekalkan sebiji kurma dan satu botol kecil air zamzam untuk digunakan semasa proses mentahnik bayi mereka.


Proses ini akan dipantau oleh staf klinikal ANDORRA yang bertugas di bilik bersalin atau dewan bedah, demi memastikan proses tersebut berjalan lancar. Ibu bapa dapat merasai pengalaman yang berharga dengan melakukan amalan sunnah Rasulullah SAW sepanjang berada di ANDORRA. Bagaimanapun, proses mentahnik ini tidak wajib dilakukan kepada semua bayi yang lahir di ANDORRA, namun ia amat digalakkan.


Video di bawah dikongsikan oleh salah seorang pesakit ANDORRA yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 7 Disember 2021 menunjukkan sesi mentahnik yang dibuat sebaik sahaja bayi dilahirkan.





Rujukan:


1. Kaedah Tahnik Anak Yang Baru Lahir, https://bit.ly/3tHjoHy


Recent Posts

See All
bottom of page