top of page
  • Admin

50 Peratus Ibu Tak Susukan Badan Selepas Bayi 6 Bulan | Siaran Akhbar Berita Harian

SERI KEMBANGAN: Hampir 50 peratus ibu muda yang baru melahirkan bayi dilihat gagal meneruskan tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan berikutan kurang kesedaran mengenai manfaat jangka panjang penyusuan ibu untuk bayi.


Pakar Sakit Puan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra (Andorra), Dr Khamsiah Muda, berkata berdasarkan pemerhatiannya kebanyakan ibu muda yang mendapatkan pemeriksaan selepas bersalin di hospital ini dilihat hanya bertahan selama sebulan penyusuan susu ibu sebelum memilih untuk mencampurkan dengan susu formula.



Katanya, kebanyakan mereka tidak mampu berdepan dengan cabaran penyusuan itu antaranya kerana tiada motivasi untuk meneruskan penyusuan eksklusif dan tidak cuba mengatasi masalah di awal penyusuan itu.


"Kebiasaannya bagi ibu muda ini, mereka tidak mempunyai pengetahuan bagaimana teknik penyusuan dengan betul, hisapan bayi dan kegagalan mengatasi pemikiran bahawa bayi mereka tidak kenyang," katanya pada program kempen penyusuan susu ibu di sini, baru-baru ini.


Beliau yang juga pengasas Hospital Andorra, berkata setiap ibu yang melahirkan anak amat mustahil tidak mempunyai susu kerana sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung mereka sudah 'disediakan' oleh Tuhan untuk proses itu.


Layari laman sesawang BH Online untuk berita lanjut: https://bit.ly/3Adf2uw



Recent Posts

See All
bottom of page