• Admin

Kanser Ovari: Membunuh Dalam Diam

Ovari merupakan organ yang menghasilkan telur dan hormon dalam tubuh badan wanita. Kebanyakan kanser ovari timbul daripada permukaan ovari (kanser epitelium) dan sebahagian kecil daripada sel telur (kanser sel kuman).


Menurut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (2012-2016), kanser ovari merupakan kanser keempat tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Malah, sekurang-kurangnya 500 kes berkaitan kanser ovari dikesan setiap tahun.

Dalam pada itu, statistik turut menunjukkan bahawa kanser ovari lebih kerap ditemui dalam kalangan wanita berbangsa Melayu iaitu sebanyak 5.9%, diikuti oleh bangsa Cina dan India sebanyak 5.4%.


Risiko untuk mendapat kanser ovari adalah 1 dalam 167. Data ini juga menunjukkan bahawa lebih 56.3% kanser ovari dikesan di peringkat lanjutan iaitu tahap tiga dan empat. Walaupun ia biasa menyerang wanita berusia lingkungan 40an, ia masih boleh dihidapi wanita dalam lingkungan 20an.


Kanser ovari tidak mempunyai sebab atau punca yang jelas. Bagaimanapun, tanda-tanda kanser ovari adakalanya sukar dikesan atau mungkin serupa dengan simptom penyakit lain.


Tanda-Tanda Kanser Ovari

  • Cirit-birit/sembelit

  • Bengkak di bahagian abdomen

  • Kembung perut

  • Pendarahan faraj yang tidak normal

Jika anda mahupun salah seorang ahli keluarga mengalami salah satu daripada tanda-tanda kanser ovari yang disenaraikan di atas, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya kerana penyakit yang membawa maut ini sukar dikesan dan hanya dapat dikenal pasti apabila ia sudah berada di tahap tiga dan empat.


Kenal pasti kesihatan tubuh badan anda dan tumpukan perhatian terhadap perubahan fizikal yang anda alami.


Hospital Wanita & Kanak-Kanak ANDORRA menyediakan pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita iaitu Premium Rose yang menawarkan ujian Tumor Marker untuk mengesan kehadiran sel kanser.


Pesakit yang menjalani Pemeriksaan Kesihatan Wanita akan diberikan pelitup muka fabrik Edisi Terhad ANDORRA serta minuman ringan di Little Cafe yang terletak di lobi Hospital ANDORRA. Butiran pakej Premium Rose adalah seperti di bawah;


Dapatkan temujanji pemeriksaan kesihatan anda segera dengan menghubungi pihak Khidmat Pelanggan kami di 0389661133 atau isikan maklumat melalui Online Appointment Booking di https://www.andorracare.com/appointment-booking


Jaga kesihatan anda kerana mencegah lebih baik daripada merawat.




Rujukan:

  1. Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (2012-2016), https://bit.ly/3n9NFdq

  2. Kanser Ovari, https://bit.ly/3naKkuF





145 views

Recent Posts

See All