top of page
  • Admin

Kod Merah Jambu, amaran kes culik bayi - Siaran Akhbar (Berita Harian)

SERI KEMBANGAN: Kod Merah Jambu sebagai prosedur operasi standard (SOP) wajar diterapkan kepada semua kakitangan hospital supaya lebih bersiapsiaga terhadap insiden penculikan kanak-kanak atau kehilangan bayi di premis terbabit.


Dengan memahaminya ia memudahkan sebarang tindakan dalam kalangan kakitangan diaktifkan segera dengan menekan butang kod dan bertindak mengunci semua pintu keluar bagi mengelak penculik meloloskan diri daripada hospital.


Bagi memenuhi matlamat itu, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Andorra mengambil pendekatan itu sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga warga kerjanya.


Walaupun jumlah kes penculikan kanak-kanak di hospital di seluruh negara amat kecil, namun kemungkinan untuk insiden ini berlaku masih ada.


Kod Merah Jambu berkenaan diaktifkan apabila berlakunya penculikan kanak-kanak jarang didengari dan belum pernah diperkenalkan secara rasmi di Hospital Andorra.


Justeru, buat julung kali hospital itu melancarkan kempen kesedaran keselamatan bertujuan memupuk budaya kesihatan dan keselamatan bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerja.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aspalela Ramly, berkata sejak kebelakangan ini, aspek keselamatan, kesihatan, alam sekitar dan kebajikan menjadi isu penting di kebanyakan organisasi dan tidak terkecuali di hospital berkenaan ini yang turut memberi keutamaan seiring dengan matlamat memperkukuhkan daya saing syarikat.




bottom of page