Menyambut Kelahiran Anak Merdeka | Hari Kebangsaan ke-64

Hospital Wanita & Kanak-Kanak ANDORRA berjaya menyambut kelahiran 13 orang bayi pada hari bersejarah iaitu Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 yang disambut pada 31 Ogos.


Kami, warga kerja ANDORRA mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada hari yang penuh bermakna ini.





Semoga anak-anak ini membesar dengan semangat patriotik yang membara terhadap negara sepertimana tokoh dan pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan tanah air demi kesejahteraan generasi kini.


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga perpaduan yang dipupuk terus kekal harmoni untuk diwarisi generasi akan datang.


Sungguh indah Gunung Tahan,

Khazanah indah kurniaan tuhan,

Salam Kemerdekaan kami ucapkan,

Malaysia maju bergerak ke hadapan.




9 views