top of page
  • Admin

Pertama Kali Check-Up di ANDORRA? Ini Yang Perlu Mummy Bawa

Mummy dan Daddy bakal menyambut kelahiran si kecil tak lama lagi?


Kami di ANDORRA berbesar hati menerima kedatangan anda! Sebelum itu, ada beberapa syarat yang anda perlu tahu jika anda berminat untuk menyambut kelahiran cahaya mata anda di Hospital Wanita & Kanak-Kanak ANDORRA ☝



Antara syarat-syarat bersalin di ANDORRA adalah seperti berikut:


  • Pemeriksaan antenatal boleh dilakukan di ANDORRA seawal minggu ke-7 kehamilan tetapi WAJIB 2 kali pemeriksaan jika anda sudah mencapai usia kandungan 28 minggu.

  • Bayaran tempahan minimum RM500 (Bersalin normal) & RM1,000 (Caesarean) seawal 24 minggu kehamilan


Anda juga boleh memilih mana-mana perunding Obstetrik & Ginekologi pilihan anda untuk membantu memantau keadaan anda sepanjang proses kehamilan, semasa bersalin serta sepanjang proses penjagaan selepas bersalin.


Kenali Perunding Obstetrik & Ginekologi ANDORRA melalui pautan ini https://www.andorracare.com/doctors-andorra



Apa yang perlu dibawa semasa Mummy datang untuk pemeriksaan antenatal yang pertama?


  • Kad Pengenalan untuk warganegara atau Passport untuk bukan warganegara

  • Buku Rekod Kehamilan jika anda pernah melakukan pemeriksaan antenatal di hospital/klinik lain

  • Rekod Perubatan jika anda ada sejarah kesihatan yang memerlukan pemantauan

  • Surat Jaminan (Guarantee Letter) jika pemeriksaan antenatal termasuk dalam peruntukan insuran atau organisasi pengurusan penjagaan kesihatan (Third Party Administrator) anda


Jika semua dokumen berkenaan sudah lengkap disediakan, hubungi pihak Khidmat Pelanggan kami di 0389661133 dan tempah temujanji antenatal pertama anda sekarang atau isikan maklumat anda melalui Online Appointment Booking di sini https://www.andorracare.com/appointment-booking.

Klik pautan ini untuk maklumat lanjut berkenaan pakej bersalin kami yang terkini


Semoga berjumpa di ANDORRA!



Recent Posts

See All
bottom of page