Sertai Bengkel Ultrasound & Tingkatkan Kemahiran Klinikal Anda!
- Admin
- Aug 1
- 3 min read
Sebagai doktor perubatan am (GP), anda sentiasa berada di barisan hadapan — mengendalikan pelbagai kes dari kehamilan awal, spotting, pendarahan, hingga pesakit yang risau tentang janin mereka. Tapi... pernah tak anda rasa tak yakin bila perlu buat keputusan pantas tanpa bantuan scan? Kalau ya, bengkel ini memang untuk anda!

Tarikh: 7 September 2025 (Ahad)
Masa: 8:00 pagi – 5:45 petang
Lokasi: Klinik Pakar, Aras 1, ANDORRA Women & Children Hospital
Mata CPD: 8 mata kredit CPD akan diberikan
Yuran Penyertaan:
RM320 (Panel) – Harga Early Bird
RM370 (Bukan Panel) – Harga Early Bird
Slot early bird terhad kepada 10 peserta terawal sahaja!
Kenapa GP Patut Belajar Ultrasound?
Anda tidak perlu lagi tunggu pakar untuk melakukan imbasan asas.
Anda boleh mengesan masalah awal seperti kehamilan luar rahim, kehamilan kembar, atau isu tumbesaran janin.
Anda dapat meningkatkan keyakinan pesakit apabila mereka melihat anda lebih bersedia dan berkemahiran.
Ultrasound bukan hanya untuk pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) — malah ia sangat berguna untuk doktor GP yang bertugas di klinik, unit kecemasan, dan rawatan primer.

Dua orang pakar Obstetrik & Ginekologi yang berpengalaman dalam subkepakaran Fetomaternal akan membimbing anda sepanjang bengkel ini:
Dr Puspa Marlinda Omar
Prof Dr Sofiah Sulaiman
Selain itu, anda juga akan menyaksikan demonstrasi imbasan 3D/4D oleh sonografer berpengalaman, Puan Anson Ismail, serta menjalani sesi praktikal secara bergilir di stesen hands-on yang dipantau sepenuhnya.
Apa Yang Akan Anda Pelajari?
Dalam bengkel ini, anda akan:
✅ Belajar buat NT Scan, Dating Scan & Viability Scan
✅ Kenal pasti struktur janin dan tanda kelainan
✅ Faham cara ukur pertumbuhan janin
✅ Elak kesilapan biasa semasa scan
✅ Lihat demo 3D/4D scan secara langsung

Cara Mendaftar
Imbas kod QR atau klik link pendaftaran di SINI
Isi butiran anda melalui borang tersebut.
Pihak Careline akan hubungi anda melalui WhatsApp.
Emel pengesahan akan dihantar dalam masa 3 hari bekerja selepas pembayaran.
Terma & Syarat
1. Proses Pendaftaran & Pengesahan
Untuk mendaftar, sila imbas Kod QR atau klink di SINI dan lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat yang tepat.
Pasukan Careline kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp untuk panduan proses pembayaran.
Pendaftaran hanya akan disahkan selepas bayaran penuh diterima. Sila pastikan emel dan nombor WhatsApp anda adalah betul.
E-mel pengesahan akan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja selepas bayaran diterima.
2. Bayaran, Slot Early Bird, Pembatalan & Penggantian
Pendaftaran hanya disahkan selepas bayaran penuh diterima.
Harga early bird hanya diberikan kepada 10 peserta pertama yang melengkapkan bayaran.
Yuran bengkel tidak akan dikembalikan. Namun begitu, anda boleh:
Memindahkan slot kepada GP lain dengan memberikan notis bertulis melalui emel sekurang-kurangnya 5 hari sebelum bengkel.
Menangguhkan penyertaan ke bengkel akan datang dengan alasan yang munasabah dan notis awal yang mencukupi.
Tiada sebarang penggantian, penangguhan atau perubahan dibenarkan dalam tempoh 72 jam sebelum acara berlangsung.
3. Kehadiran & Mata CPD
Kehadiran penuh sepanjang hari diperlukan untuk menerima Sijil Penyertaan dan 8 mata CPD.
Sila pastikan nombor MMC diberikan semasa pendaftaran untuk kelayakan mata CPD.
4. Tatacara Sepanjang Bengkel
Peserta dikehendaki mengikuti semua arahan yang diberikan semasa sesi praktikal.
Etika pemakaian profesional dan tingkah laku yang sopan adalah sangat digalakkan sepanjang bengkel berlangsung.
5. Kebenaran Media
Bengkel ini akan dirakam atau diambil gambar untuk tujuan dokumentasi dalaman dan promosi.
Dengan menghadiri bengkel ini, anda memberikan kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan imej anda, melainkan anda memaklumkan secara bertulis terlebih dahulu.
6. Hak Penganjur
ANDORRA Women & Children Hospital berhak untuk membuat sebarang perubahan terhadap kandungan, penceramah atau jadual bengkel.
Sebarang perubahan akan diumumkan melalui saluran media sosial rasmi kami. Sila pastikan anda mengikuti makluman terkini.
📞 Sebarang Pertanyaan?
Hubungi kami di:
📱 WhatsApp Careline 1: 011-5644 2671
📱 WhatsApp Careline 2: 011-5623 2671
Comments