top of page
  • Admin

Jangkitan Kulat Pada Faraj: Kenapa Ia Berlaku?

Jangkitan kulat pada faraj atau vaginal candidiasis terjadi akibat pembiakan sejenis kulat yang dikenali sebagai Candida Albicans. Jangkitan ini lazim berlaku kepada wanita yang sihat dan subur. Ia jarang berlaku sebelum seseorang wanita mula mendapat haid atau selepas menopaus.


Menurut portal MyHEALTH, kira-kira 15 peratus wanita mengalami jangkitan kulat pada faraj tanpa merasai apa-apa tanda. Manakala, 15 peratus wanita yang mengalami jangkitan ini dan mempunyai daya ketahanan badan yang rendah boleh mendapat jangkitan yang lebih teruk.


Adakah jangkitan kulat pada faraj sejenis penyakit kelamin?


Walaupun jangkitan kulat pada faraj, atau bahasa mudahnya jangkitan yis, sering dialami oleh wanita yang aktif secara seksual, Candidiasis bukanlah sejenis penyakit kelamin.


Sesetengah wanita yang mendapat jangkitan ini tidak mengalami apa-apa tanda atau simptom daripada jangkitan tersebut. Namun, bagi wanita yang mengalami jangkitan kulat yang lebih teruk, ini antara simptom yang dihadapi;


Simptom jangkitan kulat pada faraj

  • keputihan berlebihan

  • kegatalan melampau dan iritasi

  • sakit semasa mengadakan hubungan seksual

  • sakit semasa membuang air kecil

  • tidak selesa dan merasa hangat


Antara faktor yang menyebabkan jangkitan kulat pada faraj adalah seperti berikut;


Faktor yang menyebabkan jangkitan kulat pada faraj

  • Perubahan hormon semasa hamil

  • tekanan perasaan

  • kekurangan zat makanan

  • penghidap HIV

  • kemoterapi


Rawatan kepada jangkitan kulat pada faraj


Terdapat beberapa langkah dan rawatan untuk wanita yang mengalami jangkitan kulat pada faraj. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan terlebih dahulu untuk mendapatkan diagnosis tepat berkenaan simptom-simptom yang anda alami.


Di Hospital Wanita & Kanak-Kanak ANDORRA, pakar sakit puan akan mengenal pasti sejarah keputihan berlebihan yang dialami serta memeriksa keadaan faraj pesakit dengan membuat pemeriksaan spekulum dan mengambil sampel keputihan untuk dihantar ke makmal.


Sampel tersebut akan menunjukkan jika pesakit hanya mengalami vaginal candidiasis atau mereka turut mengalami jangkitan bakteria lain pada masa sama. Ini merupakan pemeriksaan awal sebelum pakar memberikan preskripsi seperti antifungal atau antibiotik untuk mengurangkan simptom dan mengatasi jangkitan ini.


Jangkitan kulat pada faraj mungkin kelihatan seperti keadaan biasa yang dialami wanita, namun ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada seseorang untuk menjalani aktiviti harian. Dapatkan konsultasi dan rawatan selanjutnya untuk mencegah dan merawat jangkitan candidiasis sebelum ia memudaratkan keadaan anda.


Tonton video di bawah untuk info mendalam berkenaan Jangkitan Kulat Pada Faraj yang dibincangkan oleh Pakar Pelawat, Perbidanan dan Sakit Puan ANDORRA, Dr Missdalia Mat Kiah;



Untuk membuat temujanji bersama salah seorang pakar sakit puan kami, hubungi Khidmat Pelanggan ANDORRA di 0389661133 atau isikan maklumat anda melalui Online Appointment Booking di https://www.andorracare.com/appointment-booking.


Layari laman sesawang kami untuk jadual penuh klinik pesakit luar pakar sakit puan ANDORRA https://www.andorracare.com/clinic-hours-andorra.


Rujukan:



bottom of page